Tuesday, October 16, 2007

Pelbagai Jenis Kek

FLOURLESS CHEESECAKE

Bahan-Bahan:
Crust:

  1. 250g bread crumb
  2. 125g butter
  3. 2 sudu besar gula
  4. setengah sudu kecil serbuk kayu manis

Filling:

  1. 250g cream cheese
  2. 1 cawan gula
  3. 5 biji telur
  4. satu setengah sudu kecil vanila
Topping:
  1. 3 cawan sour cream
  2. setengah cawan gula
  3. satu setengah sudu kecil vanila
Cara-cara:
Crust: -
  1. Cairkan butter dan campurkan ke bread crumb.
  2. Masukkan gula dan serbuk kayu manis.
  3. Letakkan bahan crust ke seluruh bahagian tray ( dasar dan tepi ) Boleh mula panaskan oven di 150 darjah Celcius.

Filling: -

  1. Lembutkan cream cheese sehingga cukup lembut untuk digaulkan dengan mixer. Guna mixer untuk gaul cream cheese sehingga lembut.
  2. Masukkan gula dan gaul. Campur telur sebiji demi sebiji dengan mixer dalam kelajuan sederhana. Tambahkan vanila.
  3. Letakkan ke atas crust. Masukkan ke dalam oven selama 50 minit.
Topping:
  1. Pukul sour cream sehingga fluffy. Campur gula dan vanila dan pukul sehingga sebati, putih dan licin (tiada lagi rasa kasar gula pada jari)
  2. Apabila filling sudah dibakar selama 50 minit, letak topping di atas filling dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit dengan suhu yg sama. Keluarkan cheesecake dari oven dan biarkan sehingga sejuk.
  3. Masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam setengah.
Cadangan Hidangan:
  1. Buah peach yang dipotong bulat boleh diletak di atas cheesecake.
  2. Filling boleh dicampurkan dengan cashew atau macadamia yang dipotong nipis (bukan dipotong kecil-kecil) setelah semua bahan telah digaulkan dgn mixer. Jangan digaul kacang menggunakan mixer.





BLACKBERRY CHEESECAKE

Bahan-Bahan:
Untuk Base:


  1. 1 peket biskut digestives
  2. 2 cawan cornflakes
  3. 3 sudu besar gula perang
  4. 3 sudu besar mentega lembik
Untuk Filling:

  1. 750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
  2. 225 gm gula caster
  3. 1 sudu besar tepung jagung
  4. 2 biji telur
  5. 150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry
  6. 1 tin blackberry (brand S&W) ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)

Cara:

Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.

Cara Untuk Filling:

  1. Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit. Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung.
  2. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil. Masukkan telur satu persatu. Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
  3. Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan. Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
  4. Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
  5. Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:

Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.











JAPONAISE CREAM TORTE

Bahan-Bahan:

  1. 250 gm putih telur
  2. 100 gm gula
  3. 250 gm serbuk badam
  4. 250 gm gula
  5. 50 gm mentega (dicairkan)


Bahan-bahan inti:

  1. 1200 gm whipped cream
  2. 20 gm gelatin (dimasak hingga pekat)


Cara:

  1. Asingkan bahagian asas kepada dua bahagian iaitu setiap kek mempunyai tiga keping.
  2. Begitu juga dengan whipping cream dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap bahagian disapukan dengan sedikit coklat yang yang telah dicairkan.
  3. Lekatkan setiap bahagian yang disapu dengan coklat dan akhir sekali hiaskan dengan whipped cream.
  4. Hiaskan seperti dalam gambar.

No comments: