Tuesday, October 16, 2007

Pelbagai Jenis Puding

PUDING JAGUNG RASBERI
Bahan Puding
  1. 1 cawan susu cair
  2. 1 cawan jagung cream
  3. 1 cawan gula
  4. 1 cawan tepung kastad
  5. 1 cawan tepung jagung
  6. 4 cawan air
Bahan Agar2
  1. 1 kotak agar2
  2. Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
  3. buah2 koktel dalam tin
Cara
  1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diatas api sehingga nampak masak.
  2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
  3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
  4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
  5. Hidangkan sejuk



PUDING KACANG MERAH SOS COKLAT
Bahan-bahan:
  1. 1 bungkus agar2 [20 gram]..rendamkan
  2. 5 mug/gelas air
  3. 1 tin susu cair
  4. 1 cawan gula pasir
  5. 200 gm kacang merah [mesinkan]
  6. 1/2 cawan tepung kastad
hiasan.. 1 tin fruit cocktail

SOS COKLAT
  1. 250 gm cooking choklat
  2. 1 s/b gula
  3. 1/2 cawan susu cair/whipping cream
  4. 2 s/b minyak/majerin

Cara

  1. Masakkkan agar2 dan air sehingga hancur dan mendideh.
  2. Masukkan gula dan tapiskan.
  3. Bancuhkan tepung kastad, susu cair dan kacang merah.
  4. Kacau rata dan biarkan mendideh sikit.
  5. Masukkan adunan dalam acuan dan sejukkan.
  6. Hidangkan besama sos coklat dan fruit cocktail
Cara buat sos coklat
  1. masukkan semua bahan kecuali minyak/majerin dalam mangkuk tahan panas dan masakkan dalam kuali berisi air..secara double boiler


PUDING MARBLE

Bahan:

  1. 1 peket agar-agar [rendamkan sebelum merebusnya]
  2. 6 mug air
  3. 2 cawan gula
  4. 1 tin susu cair
  5. 1 cawan tepung kastad
  6. 1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara:

  1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
  3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
  4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
  5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
  6. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
  7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
  8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA: Bila nak lapiskan adunan puding ni..panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...nanti adunan/lapisan puding tidak cantik

1 comment:

Qistina Azuan said...

salam.. tumpang tanya, yg puding marbel tu pkai agar2 yg paket besar ke kecik? tq.. :)